assalamualaikum :)
tak tahu di mana munculnya seronok tahap gaban ni. kenapa ya? mungkin kerana pertama kali berasa hidup di kawasan kampung agaknya. terima kasih aimi kerana mengajak saya dan farhana pergi ke rumah nenek. buat pertama kalinya mengait pokok rambutan. pertamakalinya memanjat pokok rambutan. pertama kalinya makan di bawah pokok rambutan. pertama kalinya mengait pokok manggis. penat lelah kita bertiga akhirnya mendapat hasil. dan hasilnya di bawa balik untuk berkongsi bersama keluarga tercinta. sungguh terharu apabila saya melihat hampir seluruh ahli keluar memakan buah yang kita susah payah mengait sebentar tadi. saya gembira. tak sangka kita yang telah dilahirkan sebagai seorang perempuan, dapat membuat kerja kerja lelaki. ewahhhh. tapi sayang, kita terlupa bawa camera. tidak, pasti manis bila di kenang suatu hari nanti kan? bila masing masing dah kawen, ada anak, ada laki. kita berhimpun bawah pokok tu kembali, dan ingatkan kenangan-kenangan yang pernah kita bina dulu. pasti seronok apabila dapat berkongsi dengan keluarga masing-masing.
awak berdua nak tahu, awak berdua selalu ada di samping saya. tidak kira masa. boleh di katakan, setiap hari kita bersama. main omegle, bergedik, bergelak ketawa, sexy seksa, semua bersama. entah kenapa, saya rasa menyesal. kenapa kita pernah bergaduh dulu? kenapa kita pernah bermasam muka? iyala, adat berkawanla kan. tapi saya bersyukur sebab kita bersama kembali. dan orangayng telah pecah belahkan kita, pergi jauh dari kita. alhamdulillah. pelik, kenapa dia suka pecah belahkan kawannya sendiri? takapla, tak penting untuk di ambil tahu. yang penting, kita semua dah tahu kenapa kita pernah bermasam muka dulu. saya syukur dapat kawan seperti awak berdua. tak lupa juga buat nadya yang sentiasa ada di sisi jua. terima kasih. terima aksih banyak awak awak dan awak. saya sayang awak awak dan awak.
bahagianya saya bersama awak awak dan awak. maaf gambar nadya tiada di sini kerana dia belum lagi menamatkan paper terakhirnya. hihi sorry nadya


No comments:
Post a Comment