Thursday, December 22, 2011

assalamualaikum :)

menyukai orang harusla berpada pada. tidak perlu menyukai orang dengan sepenuh hati. kelak, kalau apa apa yang berlaku, kesannya cukup mendalam. sukar untuk melupakan. sukar untuk berpisah. merananya sehingga bertahun tahun. 

tiada lagi kebahagiaan, kegembiraan, senyuman ceria dan ketenangan hidup. hilang sekelip mata bersama suatu peristiwa yang tidak diingini. kita tak boleh cakap, kita takmungkin jatuh cinta pada orang itu. kita tak boleh berdoa supaya orang itu pergi dari hidup kita dan tidak muncul muncul lagi kerana kita tidak mahu melihatnya walauhanya sekejap. kita tak boleh sombong diri dan berkata kita tak kisah orang itu nak cari orang lain sekalipun kita juga boleh cari orang lain. kita tak boleh bercakap begitu sebab kitatak tahu apa yang ada di masa akan datang.

mungkin sahaja terjadi kita akan jatuh cinta pada orang itu sehingga kita tidak pernah berhenti dari memikirkannya. sehingga setiap kali kita bangun pagi, dia orang pertama yang kita ingat. nama dia yang kita harapkan terpapar di skrin telifon. bila malam menjelma, dia jugala orang terakhir yang kita fikirkan sebelum kita lelapkan mata. 

mungkin sahaja terjadi orang itu  adalah orang yang kita doakan dia tidak lagi muncul dalam kehidupan kita tiba tiba sahaja menjadi begitu bermakna. sehingga kita menangis kesepian bila doa kita benar benar makbul. sehingga kita tersedar bahawa lebih elok dia ada daripada tiada. sehingga kita tercari cari di mana dia hanya untuk melihat dia walau hanya seketika. kerana terlalu rindukan dia. sedangkan dulu kita tidak pernah menghargai bila dia ada di hadapan kita.

 dan mungkin orang itu orang yang tidak sepenuhnya kita sayang sehingga kita tidak pernah berasa keberatan sekiranya dia mencari yang laintiba tiba menjadi terlalu penting. sehingga sampai satu tahap kita menangis bagaikan dunia telah kiamat apabila orang itu benar benar di miliki oleh orang lain. setelah itukita mula menyesali apa yang kita katakan, bisikan dan luahkan. kita akan menjadi terlalu rindu pada kenangan kenangan bahagia bersamanya sehingga terasa ingin memutarkan kembali masa yang telah berlalu agar kita dapat menikmati saat itu dengan sebaik mungkin.

tengku khuzairi, apa benar benar kau  wujud?

No comments: