assalamualaikum :)
aku tidak mahu berasa takut. aku tidak mahu berasa gementar. aku tidak mahu berasa putus asa. aku tidak mahu bersedih. dan aku tidak mahu menitiskan air mata. tapi rasanya, ini yang berlaku kepada aku sekarang. i don't have a strong reason to go through all of this. aku tidak tahu sama ada ianya berpunca daripada kegembiraan atau kekecewaan ataupun kesedihan. i can't think wisely right now. apa yang aku tahu, diri aku telah memakan diri aku sendiri. i don't know how to explain.
hari menghitung hari. ini selalu kedengaran kan? ya, aku menhitung hari. sebab apa? itu aku punya pasal la (hahaha). aku spm candidate, that's why aku menghitung hari. persiapan? ohh my god! dan sekarang aku berasa cuak. aku tak berapa boleh fokus lagi. spm, please be nicely.
sorang demi sorang kawan aku kemalangan. ngerikan dengar? kedua duanya kemalangan motor. apa yang berbeza adalah arwah qayyum penunggang dan fatimah pembonceng. dah menjadi lumrah. setiap kali peperiksaan besar akan berlangsung, pasti ada kemalangan di antara student student yang terlibat. qayyum pergi last year. 3 hari sebelum raya tidak silap. sangat menyayat hati. tak boleh aku menceritakan. aku harap orang yang ingin tahu ada dengan aku dekat hospital sewaktu qayyum berjuang untuk terus hidup. tapi malangnya, allah lebih sayangkan dia. kalau dia hidup pun. dia tidak normal. kakinya dah di potong. dia juga akan buta, pekak dan bisu. allah sayangkan qayyum, sebab tu allah mengambilnya. al-fatehah buat qayyum.
fatimah. sekarang dekat wad icu. minta maaf aku tak dapat melawat kau lagi. aku full dengan kelas. insyaallah aku akan melawat kau satu hari nanti. kawan kawan kata yang fatimah dah buka mata semalam. sejurus itu dia menangis lalu pejam matanya kembali dan kembali koma. dan kawan kawan kata kau kenal orang. alhamdulillah, itu satu tindak balas yang bagus. tadi pula, kawan kawan kata, kau dah gerakkan jari. aku doakan kau cepat sembuh ya. doktor kata ada tiga kemungkinan. 1- dia sedar dan pandang ke atas. 2- dia sedar tak ingat apa apa. dan 3- dia sedar dan ingat semuanya. aku doakan kau number 3 okay. kuatkan semangat ya.
bye, assalamualaikum
No comments:
Post a Comment