Saturday, June 25, 2011

you always in my mind

assalamualaikum :)

you always in my mind? siapakah gerangan "YOU" itu? dia adalah marini. dengan secara tiba-tiba rinie text 
" Nadira, I hold a grudges against you! Dont ask me the answer "
okay, msg ni dah lama rinie hantar. tapi aku baru baca sebab fone tak tahu aku letak mana dan sekian lama baru dijumpai. TERKEZUT! apa salah aku? apa aku buat? even dia dah cakap 
"DONT ASK ME THE ANSWER", aku tetap tanya. jawapannya, "cemburu sebab nadira ramai kawan" .
ALLAH! tah celah mana kawan aku ramai. hm, rinie jagan la macam ni ya, oran tak pernah lupa rinie.

"macam tak percaya je kenal nadira. Dan macam tak percaya jugak dah tak rapat macam dulu lagi. kalau dulu, sikit2 nadira, sikit2 rinie. Hmm best kan kalau kita rapat macam dulu lagi. Kat blog pun smua cte pasal membe2 baru dia. Jelaous. hahah tah apa2 tah rinie mengarutkan. sorry. ok good night sweetie :( "

rinie juga yang menghantarnya. hm, rinie. mana ada dekat blog ni tulis pasal membe baru. membe baru pun orang takda taw. kita tetap macam dulu. cuma orang agak malas nak guna fone sekarang. dah tak penting. dulu ada "S" . sekarang takda dah. so, fone dah tak penting bagi orang. maaf.

"yelah. dah malas nak topup kan. kalau dulu tak msg 1 hari tak boleh. huhu. takpelah. rinie fham rinie kan org baru dlam hdup dia, bkn mcm kawan2 dia yg lain. btw rinie sayang nadira. "

janganla cakap macam ni rinie. siapa cakap rinie orang baru? orang dah anggap rinie macam kakak orang taw. janganla ambil hati bila orang tak reply msg. bila orang lama tak msg atau lama tak bergayut. dengan kawan lama orang pun orang dah tak bertegur. bukan tak kawan, cuma orang malas keluar kelas. tapi orang dah beri tahu dia. dan dia faham. harap rinie pun akan faham k. orang sayang rinie juga :)

walaupun kita pernah bertengkar suatu ketika dahulu. tapi tak mustahil yang kita akan menjadi baik sebaik-baiknya. dan tak mustahil juga kita akan tetap bertengkar dan bertengkar. harap ini tidak akan pernah terjadi. kalau ada apa-apa yang mengganggu fikiran rinie, rinie boleh kongsi dengan orang. orang tahu masalah rinie tu tak selesai lagi kan? cara msg pun dah tahu. rinie kena kuat semangat ya. tak bermaksud allah tak sayang kita sebab beri pelbagai dugaan. tapi sebaliknya. allah nak lihat, betapa kita ingatkan dia. jangan berputus asa okay! orang sentiasa jadi tulang belakang rinie.


bye, assalamualaikum.

No comments: